UNIT HEM 2008
:
KENALI SMK SYED ALWI KANGAR PERLIS
PENGENALAN
Sekolah
Menengah Kebangsaan Syed Alwi merupakan sekolah luar
bandar satu sesi yang mempunyai jumlah guru seramai 124
dan 21 orang kakitangan sokongan serta jumlah pelajar
pula seramai 1824 orang dengan 61 buah bilik darjah
(sehingga Februari 2008). Kedudukan yang strategik
menarik minat para pelajar untuk belajar di sekolah ini.
Moto sekolah Berusaha, Bertekun, Berjaya dan
mutiara kata Yakin Boleh Pasti Cemerlang menjadi
pendorang kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
Kangar Perlis mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
bidang kurikulum, pembangunan sahsiah dan kegiatan
kokurikulum. Kejayaan sekolah merupakan usaha gigih yang
tinggi di kalangan guru-guru yang tidak mengira masa,
tenaga, idea, dan kewangan.
VISI
Mewujudkan
warga sekolah terunggul menjelang tahun 2010
MISI
Berazam
untuk melaksanakan peranan yang optimum ke arah
melahirkan generasi pelajar sekolah:
Beriman
dan berakhlak mulia
Cemerlang dalam akademik dan sahsiah
Bertanggungjawab dan bijak menggunakan kemudahan dan
peluang yang disediakan secara optimum.
Mempunyai sifat jati diri dan berdaya saing
Merealisasikan suasana permuafakatan yang
menyeluruh.
PIAGAM
Kami Ahli
Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Alwi berikrar :
Membantu pelajar mendapat kemudahan dan khidmat
nasihat yang terbaik untuk mempertingkatkan pencapaian akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan
berkesan bagi semua pelajar.
Mendidik
pelajar kami menjadi insan yang cemerlang dan
berakhlak mulia.
Sentiasa
berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri ke tahap
yang cemerlang
Sentiasa
memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan
ikhlas.
Melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh
tanggungjawab.
Menjalinkan hubungan yang baik antara pihak sekolah
dengan ibu bapa dan masyarakat luar.